Monday, March 14, 2011

Cinta Monyet

Oktober ini, genablah 15 tahun aku bergelar pendidik. Terlalu banyak suka dan duka yang telah ku lalui untuk menjadikan anak didik ku menjadi manusia yang berguna pada masyarakat. Oleh kerana aku mengajar tingkatan 4, 5 dan 6, aku sudah lali melihat pelajar-pelajar jatuh cinta, bercinta dan terluka kerana cinta.

Ada masanya kenangan lamaku datang apabila melihat mereka sama-sama belajar di pusat sumber atau makan bersama di kantin. Maklumlah, kita dulu pun pelajar juga. Maka aku tak pernah marah apabila ada pelajarku yang bercinta. (Buat-buat marah ada la). Apa tah lagi kalau percintaan itu menjadi perangsang kepada mereka untuk belajar. Perasaan remaja tidak boleh dihalang. Makin dihalang , makin memberontak jadinya. Cuma aku selalu berpesan agar mereka tidak hilang fokus dalam pelajaran.

Sebenarnya aku tak tau nak explain kat diorang bahawa cinta mereka hanyalah cinta monyet. Cinta yang akan dikenang sepanjang hayat tetapi besar kemungkinan hubungan mereka tak akan ke mana pun. Walaupun ada yang berkekalan, namun peratusnya tersangatlah kecil. Masing-masing akan keluar sekolah. Yang bekerja lebih luas pergaulannya. Yang masuk U akan jumpa lebih ramai untuk dipilih. Masa itu barulah diorang akan tahu bahawa dunia sebenarnya lebih luas .

'Aduh..camna aku nak bagitau yang aku dah tak suka dia?' Masih jelas soalan itu di ingatanku apabila kawan baikku minta tolong cari idea camna nak putuskan hubungan dengan 'high school sweetheart' dia . Sebabnya , dah tentulah ada orang lain yang lebih bagus sebagai ganti. Oleh kerana aku memang pakar dalam bab cari alasan, maka aku senaraikan beberapa idea untuk dipilih.
1) Mak suruh tumpu perhatian pada pelajaran.
2) Saya tidak layak untuk awak . Awak berhak dapat makwe yang lebih baik.
3) Jangan tunggu saya. Saya nak jadi wanita berkerjaya dengan kelulusan PHD.
4) Saya nak awak pinang saya minggu depan. Kalau tak maknanya awak tak sayangkan saya
dan saya tak nak teruskan hubungan. (sah2 dia takde duit nak pinang sbb belum kerja)
5) Ignore je semua sms dan call dr dia sampai dia bosan.

Oleh kerana kawanku tak berani nak tipu dan tak berani juga nak berterus terang, maka dia memilih option ke 5. Walaupun dia sudah berbahagia dengan keluarganya tapi jauh di lubuk hatinya ingin sekali memohon kemaafan dari ex BF yang ditinggalkan.

Ada juga pelajarku yang ditinggalkan kerana result examnya kurang memuaskan. Dah bepuluh-puluh kali aku menasihatkan pelajarku ini supaya seimbangkan pelajaran dan percintaan. 'Cikgu dah tua, cikgu tak faham perasaan saya.' Itulah kata-kata pelajarku yang malas nak dengar leteran cikgu tua ini. Mungkin dia lupa, cikgunya ini dulu pun remaja sebelum menjadi tua.

Pada hari keputusan SPM dikeluarkan, dari kejauhan aku dapat melihat pelajarku dengan makwenya bergaduh. Sedang orang lain bergembira dengan result cemerlang mereka, pelajarku ini termenung sendirian di kantin sambil memandang nasi lemak yang tidak dijamah langsung. Makwe yang disayangi meninggalkannya kerana dia gagal SPM sebab merasakan mereka dah tak setaraf lagi.

Macam-macam kisah cinta monyet di sekolah. Yang paling menggelikan hatiku ialah pasangan bercinta berpisah kerana makwe tak suka cara pakwenya makan. Pasangan ini memang sepadan. Sama cantik dan sama pandai. Kedua-dua pelajar ini menjadi harapan para guru untuk mendapat keputusan cemerlang. Walaupun mereka bercinta, tapi mereka tak pernah dating di tempat lain kecuali di pusat sumber sekolah untuk belajar.

Setelah beberapa lama, aku merasa hairan kerana pasangan ini dah lama tak study di pusat sumber. Lalu aku pun seperti biasa menjadi penyiasat persendirian untuk mencari sebabnya. Akhirnya aku berjaya mengorek rahsia dr si makwe. 'Ari tu saya buat mi kari kat rumah, saya jemput kawan-kawan datang makan. Tiba-tiba cikgu saya dengar ada bunyi macam itik tengah menyudu makanan. Bila saya pandang ke belakang rupanya pakwe saya yang makan macam itik tu. Terus saya menyampah kat dia.' Bagai nak pecah perut aku ketawa bila dengar si makwe ni bercerita. Oleh kerana frust ditinggalkan kekasih, si pakwe tidak berjaya dalam peperiksaan STPM. Manakala si makwe pula berjaya masuk ke universiti dan bertemu dengan jejaka yang dirasakan menepati standart piawaiannya.

Inilah sebahagian dari kisah-kisah cinta monyet pelajar-pelajarku. Kepada yang sedang bercinta, ingatlah bahawa bercinta tak semestinya berakhir dengan perkahwinan. (Yg dah berkahwin pun boleh bercerai). Namun cinta monyet akan kekal dalam ingatan buat selama-lamanya. Jika anda ditinggalkan , bersedihlah...tapi jangan terlalu lama kerana jodoh anda yang sebenarnya , sedang menunggu untuk dipertemukan dengan anda.

6 comments:

  1. okay, part yg pakwe makan bising macam itik tu memang tak boleh blah ah cikgu. HAHA.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. itik makan macam mana ar? first time dengar haha! (nash)

    ReplyDelete
  4. efa : tau tak pe

    Nash : Saya dah tengok dia makan.. siap dengan
    sound effect sekali.

    ReplyDelete
  5. haha cikgu..bgs juga dengar pengalaman cikgu apabila nampak kisah pelajar pasal cerita monyet ini :)
    psl makan mcm itik tu...wah sampai macam itu pun boleh~

    ReplyDelete
  6. Banyak lagi cerita yang saya akan kongsi untuk dijadikan pedoman. Tungguuuuuu.......

    ReplyDelete