Thursday, March 24, 2011

Feeling Blue

Who cross your mind when you're feeling blue? Apa punya soalan budak ni tanya ? Aku memandangnya kehairanan. Rozi nyata sedang bersedih kerana markah ujiannya rendah. 'Entah..kawan baik kot.' Aduh..aku tersalah sebut pulak. Teringat aku dulu rozi ada kawan baik tapi dah berpindah.

'kawan baik' ...betul ke istilah aku ni? Boleh ke lelaki dan perempuan menjadi kawan baik tanpa ada rasa bunga2 cinta?

Rozi dan Shazlan memang rapat. Dulu aku sangka mereka ini pasangan dalam kelas aku. Shazlan sangat mengambil berat hal Rozi dan Rozi nampak manja dgn Shazlan. 'Takde lah cikgu, kitorang kawan baik je'. Rozi menjelaskan keadaan sebenar bila aku cuba mengorek rahsia. 'Lagipun shazlan ada makwe kat kelas lain'.

Dari sinar mata Rozi aku tau dia suka Shazlan. Tapi mungkin Shazlan yang tidak perasan atau tidak berperasaan spt Rozi. Makwe Shazlan memang cantik orangnya jika dibandingkan dengan Rozi. Patut la dia tak pilih Rozi, aku membuat kesimpulan sendiri.

Pada hari terakhir, sebelum pulang, Shazlan menemuiku di bilik guru. Sebagai guru kelas sedih juga aku bila Shazlan minta dihalalkan semua ilmu yang aku beri kepadanya. Juga sepucuk surat untuk Rozi. 'Kenapa awak tak suruh kawan lain beri?'..'Cikgu, ini rahsia saya. Saya tak nak kawan lain tau.' Jawapan Shazlan menjadikan aku suspen.

Air mata Rozi berlinangan sehabis surat dibaca. Shazlan memang suka Rozi tetapi malu untuk berterus-terang. Baru aku faham kenapa Shazlan begitu mengambil berat tentang 'kawan baiknya' itu.

Pada aku amat sukar untuk 2 org sahabat berlainan jantina menjadi sahabat baik tanpa risiko akan wujudnya bunga2 cinta. Tambahan pula dari segi agama, perkara ini memang dilarang.

Rozi membisu walaupun orang lain bising disekelilingnya. Mungkin dia sedang 'feeling blue' sbb markahnya itu dan aku rasa Shazlanlah yang berada dalam mindanya. Aku biarkan saja dia membisu dan mengelamun kerana mungkin ingatan terhadap Shazlan dapat mengembalikan moodnya nanti.

Aku pula ..bila aku 'feeling blue' aku akan bercakap atau hantar SMS pada orang yang aku rasa rapat secara fizikal atau rapat secara emosi denganku. Dan sentiasa cuba menjadi pendengar yang baik kepada orang yang sedang 'feeling blue', walaupun aku rasa dia bukan kawan baik aku...

4 comments:

  1. hmm cikgu...
    i rasa kalau lelaki dan perempuan tu mmg serasi dengan satu sama lain tapi atas sebab tertentu tak boleh bersama, jadilah macam tu...mmg sedih tapi itulah kenyataan jg :(

    ReplyDelete
  2. Betul..tapi boleh jadi kawan pun dah cukup bagus.

    ReplyDelete
  3. part yang perempuan & lelaki tak boleh jadi kawan baik tu saya agak setuju.

    *sebab saya ada experience on that issue. HAHA.

    ReplyDelete
  4. Hmm mmg ada yang berlainan jantina dijadikan kawan baik, tp ada cara dan tempatnya,tp lebih baik kita berpegang pada agama.... itu jalan yang sebaik baiknya

    ReplyDelete