Tuesday, March 15, 2011

Denda

Semasa bersekolah, aku bukanlah pelajar 'ulat buku' . Bukan juga pelajar feveret cikgu. Bab denda ni, hari2 mesti ada yang kena. Tapi aku akan buat muka secomel mungkin kalau terperangkap dalam situasi yg membolehkan aku didenda. Biasanya usaha aku berjaya, tapi ada masa , hmm.....kena jugak.

Di awal karier sebagai guru, antara denda kegemaranku ialah pelajar berdiri di luar kelas. Pelajar pasti akan setia berdiri di depan pintu dengan harapan takde pelajar kelas lain yang lalu. Setelah 15 tahun , aku dapati denda kegemaranku ini mendatangkan masalah kepadaku jika masih dipraktikkan.

'Kenapa awak berdua tak siapkan latihan?' Soalan yang selalu aku tanya, tapi sebenarnya bukan minat sangat pun nak dengar jawapannya. Dua orang pelajarku ini memang jaguh dalam sukan . Pemegang rekod daerah dlm acara lari 100 meter. Pemegang rekod juga di sekolah sebagai pelajar paling banyak dapat aduan dr guru2.

'Ala cikgu..relaks la..kitorang buat la nanti.' Confident je muka mamat 2 orang ni. Sebabnya dah banyak kali aku bagi peluang. 'Kali ni tiada maaf bagimu'. Pergi berdiri di luar kelas.' Akur juga pelajar-pelajar ini dengan perintahku. Aku teruskan pengajaran sambil mata sesekali menjeling ke pintu.

'Cikgu.. Fahmi dgn Hashim dah lari.' Pelajarku yang duduk di tepi pintu menyampaikan maklumat. Rupanya diorang dah cabut ke kantin walhal masa tu baru pukul 8.30 pagi. Siap order air sirap dan mihoon sup lagi. Padan muka kena tangkap dengan cikgu disiplin dan dibawa mengadap tuan pengetua. Malangnya aku pun kena mengadap bos jugak. Fuhh...berdesing telinga aku dengar leteran bos. Mulai hari itu, aku tak pernah lagi denda pelajar berdiri di luar kelas, sbb takut aku pulak yang kena berdiri di luar bilik bos.

Satu lagi denda feveret aku masa muda2 dulu ialah menahan pelajar yang tak siap kerja dalam kelas semasa rehat. Biasanya pelajar memang tak suka denda ni sbb diorang lapar. Aku pun sebenarnya lapar juga tapi sbb nak tunjuk garang, maka aku tahan aje la.

Pelajarku yang sorang ni memang pemalas dan selalu kena tahan. Geram + sakit hati setiap kali aku melihatnya dalam kelas. Tatkala orang lain hantar buku sebelum keluar rehat, dia dengan muka sardin menyorok belakang pelajar yang agak gemuk untuk menyusup keluar. ' Johan!! Hantar buku dulu!' Sengaja aku kuatkan suara agar Johan tahu aku sedar akan niatnya itu. Sambil tersipu-sipu malu, Johan duduk dan mula menyiapkan kerjanya.

Tak sampai pun 2 minit, Johan menghantar bukunya kepadaku dengan senyuman yang sangat manis. 'Apa kena budak ni? Biasanya masam je bila kena tahan.' bisik hatiku kehairanan sambil berjalan ke bilik guru.

Sewaktu membuka buku Johan untuk ku semak, barulah aku mengerti maksud senyumannya tadi. Sekeping kad Happy Birthday untukku diselitkan dalam buku dengan ucapan:
Selamat Hari Lahir Cikgu..Jangan marah2 nanti cepat tua.
Giliran aku pula yang tersenyum lebar .
Johan tetap dengan malasnya, cuma aku dah tak sakit hati lagi. Bukan sbb kad yang diberi tapi sbb markah Johan selalu melepasi jangkaanku.

Denda yang ini aku tak minat. Berdiri atas kerusi, memang tak pernah aku praktikkan. Maklumlah pelajar2 yang ku ajar semua dah akil baligh. Lagipun aku pernah lihat ada pelajar yang didenda sebegini, jatuh macam nangka busuk. Tapi salah dia sendiri sbb tak berdiri betul2. Ada ke angkat kaki sebelah dan buat aksi mcm ahli kungfu atas kerusi. Dia buat camtu konon nak cover malu kena denda, sudahnya memang le kena cover muka dia sbb bibir dan mata bengkak akibat terjatuh tu.

Bila usia semakin meningkat, tahap kesabaranku juga dah upgrade. Untunglah pelajar2 ku sekarang kerana aku dah malas nak denda. Aku lebih banyak mengkaunselingkan diorang dan berharap diorang faham dengan nasihatku.

Sekarang bila anakku pulang dari sekolah, hari2 aku tanya, 'kena denda ke tak hari ni?' Bukannya apa, cuma anakku pun bukannya ulat buku dan bukannya feveret cikgu , sama macam mak dia dulu...

No comments:

Post a Comment