Tuesday, May 8, 2012

Sapa bos sekarang.

'Bersih betul rumah org sebelah ni.  Peghh...licin berkilat lantai sampai  boleh nampak jerawat kat muka.' Seperti biasa aku yang kepochi ni , mata mana boleh dok diam.

'Tu la kau, pemalas..tapi orang sebelah ni, yang rajinnya suami dia.'  Ewah..sedapnya mulut kawan aku mengata BFF dia ni. Tapi sebab aku datang ziarah ke rumah dia, maka aku buat2 tak kisah je.

' Dah nak pukul 6 ni,  sekejab lagi, keluar la tu, menyapu laman pulak' 
Hmmm......ada can aku skodeng mamat rajin ni.

Tepat jam 6 pm, seperti yg dijangkakan, kelihatan seorang jejaka tampan sedang menyapu laman dengan machonya. Tapi..... mamat ni macam pernah aku tengok je. Di mana ye?

Sebab tak puas hati, pergi dekat sikit. View lagi bagus . Tiba-tiba.....

'Cikgu Zaida!'

Ooo mak aii..terkojut den. Mamat macho tadi menyapa aku sambil melambai2 dengan penyapu. Cis..sungguh kurang sopan.. Sapa la cikgu yang mengajar mamat ni.

'Cikgu , ingat saya tak? Saya Azril, dulu sekolah di Jelai tahun 1996.'

Azril?  Tapi Azril yang saya kenal dulu...memang pantang besar dengan penyapu. Yg paling aku ingat ialah ayat2 hingusan Azril bila ketua kelas suruh dia menyapu..

'KO SAPA NAK SURUH AKU SAPU KELAS. POMPUAN LA YANG SAPU. LELAKI BOS'

Nampaknya..Azril sudah menerima kenyataan bahawa menjaga kebersihan bukan kerja perempuan sahaja. Dengan pertambahan usia, dia semakin matang. Bangga la jugak aku tengok anak didikku dah berubah menjadi suami yang baik.

Tapi ..mungkin jugak si Azril ni ..takut dengan bini...wakakaka...(kalau itu sebabnya..padan muka kau Azril)









 






Tuesday, May 31, 2011

Isteri org besar.

Masa remaja dulu, mak selalu kata 'Kalau tak lulus periksa, nanti mak kawinkan cepat2.' Wuuyaiii....mencicit aku lari masuk bilik belajar. Takut sgt kena kawin sbb, dah sah2 tak dpt kawin dgn pakwe kita masa tu sbb dia pun tak tentu lagi lulus SPM.

Tapi remaja skrg, bila sebut je pasal kawin..gedik semacam pulak aku tengok. Yang ada pakwe confident bebenor dapat kawin dgn BF tu. Yang takde pakwe , berangan nak dapat yang 'TSB' (tampan, segak ,bergaya).

Mcm bekas pelajarku si Yasmin (bukan nama sebenar). Cita2 dia tinggi. 'Cikgu, betul ke jodoh tu dah ditentukan?' Alamak..salah cikgu budak ni soal. Bab2 camni patut tanya ustazah. Sbb takut tersalah bagi jawapan, maka aku pun menjawab dgn soalan gak.

'Kenapa? Awak takut tak de jodoh dgn pakwe awak ke?' (Pandai tak aku cover line?)
'Eh..saya mana ada pakwe. Tapi kan cikgu, kalau boleh saya nak jadi isteri org besar. Nanti org panggil saya PN SRI , TOH PUAN atau DATIN pun jadi la.'

Makk ooiiii.... muka mcm cekodok pisang, SPM pun hampeh..ada hati nak jadi PN SRI..(dalam hati aku je). Di sbbkan aku 'cikgu', maka aku pun berkata ' Insyaallah, kalau dah itu rezeki dan jodoh awak, tapi doa sj tak cukup. Awak kena berusaha gak.'
'Betul tu cikgu. Skrg pun saya sdg aktif dalam persatuan yang melibatkan org2 besar. Mana tau, entah2 ada jodoh saya kat situ.'

Hmm... pandai pulak budak ni cari jalan nak dekatkan diri dgn org besar2. Cuma aku risau kalau2 dia jadi isteri ke dua /tiga.....hancur la harapan nak dengar org panggil dia PN SRI.

Monday, March 28, 2011

Camtu pun boleh pregnant?

Wahahahahahahaha....!!! Satu kelas ketawa besar bila dengar explanation Mimi. Rasanya kalau lantai kelas tu ada karpet, mesti ramai yang berguling2 ketawa.

Sepatutnya aku mengajar tajuk keburukan seks sebelum berkahwin kat Ting 3F tu. Belum pun habis tulis tajuk kat white board, Mimi dah tanya.. ' Cikgu kenapa org adakan seks sebelum kawin? Nanti boleh dapat anak luar nikah kan cikgu.'

'Err...' tak sempat aku nak jawab, Lina menyampuk ' Apalah kau ni Mimi , kan ustazah dah cakap, kalau kita berdua-duaan, yang ketiga ialah syaitan.' Aku tengok muka Mimi blur aje. Sah tak puas hati dgn jawapan Lina.

'Betul2..mak saya ada ajar doa utk elak hasutan syaitan. Camni cikgu..Allahumma bariklana fima razzaktana wakina azza bannar'. Konfiden je si Kasmaini baca doa tu.

'Tu doa nak makan la... ngok!!' jerit Lina sambil ketawa. Kesian budak ni..dapat ajaran sesat.

'Cikgu, saya tak faham la..' Mimi buat lagi muka berkerut. ' Apa kena mengena syaitan dgn seks sebelum kawin?' Hah..Skrg aku pulak yang blur...

'Err....'
'Memang la syaitan yang hasut , tambah pulak dgn nafsu.' Lagi sekali Lina potong cakap aku.

Tambah berkerut muka Mimi. ' Seks tu kan cuma tidur sebelah2 je. Nanti sperma tu terbang la dr lelaki ke perempuan. Apsal pulak syaitan yang hasut?'

'Siapa yang bagitau awak camtu?'

'Saya tengok kat drama tv, bila orang kawin, tido sama lepas tu mesti bini dia mengandung. '

hmmm....tak sangka aku, rupanya dalam zaman sekarang, masih ada budak yg naif mcm Mimi tu. Aku biarkan je kekawan dia ketawa . Yang ketawa kuat2 tu mesti dah faham apa sebenarnya maksud seks sebelum kahwin. Nanti suruh diorang je yg explain kat Mimi.

Aku pun tak ingat bila aku mula faham bab2 camni. Yang pasti, aku tak pernah tanya mak dan abah...hei...nak cari nahas namanya tu.

Thursday, March 24, 2011

Feeling Blue

Who cross your mind when you're feeling blue? Apa punya soalan budak ni tanya ? Aku memandangnya kehairanan. Rozi nyata sedang bersedih kerana markah ujiannya rendah. 'Entah..kawan baik kot.' Aduh..aku tersalah sebut pulak. Teringat aku dulu rozi ada kawan baik tapi dah berpindah.

'kawan baik' ...betul ke istilah aku ni? Boleh ke lelaki dan perempuan menjadi kawan baik tanpa ada rasa bunga2 cinta?

Rozi dan Shazlan memang rapat. Dulu aku sangka mereka ini pasangan dalam kelas aku. Shazlan sangat mengambil berat hal Rozi dan Rozi nampak manja dgn Shazlan. 'Takde lah cikgu, kitorang kawan baik je'. Rozi menjelaskan keadaan sebenar bila aku cuba mengorek rahsia. 'Lagipun shazlan ada makwe kat kelas lain'.

Dari sinar mata Rozi aku tau dia suka Shazlan. Tapi mungkin Shazlan yang tidak perasan atau tidak berperasaan spt Rozi. Makwe Shazlan memang cantik orangnya jika dibandingkan dengan Rozi. Patut la dia tak pilih Rozi, aku membuat kesimpulan sendiri.

Pada hari terakhir, sebelum pulang, Shazlan menemuiku di bilik guru. Sebagai guru kelas sedih juga aku bila Shazlan minta dihalalkan semua ilmu yang aku beri kepadanya. Juga sepucuk surat untuk Rozi. 'Kenapa awak tak suruh kawan lain beri?'..'Cikgu, ini rahsia saya. Saya tak nak kawan lain tau.' Jawapan Shazlan menjadikan aku suspen.

Air mata Rozi berlinangan sehabis surat dibaca. Shazlan memang suka Rozi tetapi malu untuk berterus-terang. Baru aku faham kenapa Shazlan begitu mengambil berat tentang 'kawan baiknya' itu.

Pada aku amat sukar untuk 2 org sahabat berlainan jantina menjadi sahabat baik tanpa risiko akan wujudnya bunga2 cinta. Tambahan pula dari segi agama, perkara ini memang dilarang.

Rozi membisu walaupun orang lain bising disekelilingnya. Mungkin dia sedang 'feeling blue' sbb markahnya itu dan aku rasa Shazlanlah yang berada dalam mindanya. Aku biarkan saja dia membisu dan mengelamun kerana mungkin ingatan terhadap Shazlan dapat mengembalikan moodnya nanti.

Aku pula ..bila aku 'feeling blue' aku akan bercakap atau hantar SMS pada orang yang aku rasa rapat secara fizikal atau rapat secara emosi denganku. Dan sentiasa cuba menjadi pendengar yang baik kepada orang yang sedang 'feeling blue', walaupun aku rasa dia bukan kawan baik aku...

Tuesday, March 22, 2011

Perasan Lawa

'Memang aku lawa'. Selamba je Azian menjawab cemuhan kawan lain yang kata dia perasan lawa. Pelajarku yang ini taklah cantik sangat, tapi comel dan manis bila dipandang. Bilangan peminat dia..boleh tahan jugak ramainya. Sbb tu la dia perasan lawa.

Namun Azian bukanlah dalam kategori 'gedik'. Dia cuma akan bercakap dengan pelajar lelaki jika ada keperluan sahaja. Selainnya dia lebih senang bergaul dgn kawan2 perempuan. Boyfriend? Takde. Katanya, 'Buat apa cari kat sekolah. Tak berkembang minda'. Hah...yang ini aku setuju.

Sewaktu berjalan ke perpustakaan, Azian terdengar siulan nakal pelajar2 lelaki. 'Mesti nak ngurat aku tu' Azian buat2 tak dengar sambil tersenyum simpul. Lagi sekali terdengar siulan seperti tadi. Azian berhenti dan menoleh ke belakang. Tujuannya nak buat2 marah , tapi takde sapa pun di belakangnya. Terkekek-kekek suara org ketawa. Rupanya bukan org, tapi burung yang bersiul dan yang ketawakan Azian ialah kawan2 yg kata dia perasan lawa tadi.

Merah padam muka Azian menahan malu. Tak jadi ke perpustakaan, terus ke bilik air. Kini Azian sudah bergelar mahasiswi di UKM. Walaupun bilangan peminat Azian semakin bertambah sbb Azian semakin manis, Azian pasti akan berwaspada bila terdengar siulan yang mengusiknya. Takut pisang berbuah dua kali.....

Tuesday, March 15, 2011

Denda

Semasa bersekolah, aku bukanlah pelajar 'ulat buku' . Bukan juga pelajar feveret cikgu. Bab denda ni, hari2 mesti ada yang kena. Tapi aku akan buat muka secomel mungkin kalau terperangkap dalam situasi yg membolehkan aku didenda. Biasanya usaha aku berjaya, tapi ada masa , hmm.....kena jugak.

Di awal karier sebagai guru, antara denda kegemaranku ialah pelajar berdiri di luar kelas. Pelajar pasti akan setia berdiri di depan pintu dengan harapan takde pelajar kelas lain yang lalu. Setelah 15 tahun , aku dapati denda kegemaranku ini mendatangkan masalah kepadaku jika masih dipraktikkan.

'Kenapa awak berdua tak siapkan latihan?' Soalan yang selalu aku tanya, tapi sebenarnya bukan minat sangat pun nak dengar jawapannya. Dua orang pelajarku ini memang jaguh dalam sukan . Pemegang rekod daerah dlm acara lari 100 meter. Pemegang rekod juga di sekolah sebagai pelajar paling banyak dapat aduan dr guru2.

'Ala cikgu..relaks la..kitorang buat la nanti.' Confident je muka mamat 2 orang ni. Sebabnya dah banyak kali aku bagi peluang. 'Kali ni tiada maaf bagimu'. Pergi berdiri di luar kelas.' Akur juga pelajar-pelajar ini dengan perintahku. Aku teruskan pengajaran sambil mata sesekali menjeling ke pintu.

'Cikgu.. Fahmi dgn Hashim dah lari.' Pelajarku yang duduk di tepi pintu menyampaikan maklumat. Rupanya diorang dah cabut ke kantin walhal masa tu baru pukul 8.30 pagi. Siap order air sirap dan mihoon sup lagi. Padan muka kena tangkap dengan cikgu disiplin dan dibawa mengadap tuan pengetua. Malangnya aku pun kena mengadap bos jugak. Fuhh...berdesing telinga aku dengar leteran bos. Mulai hari itu, aku tak pernah lagi denda pelajar berdiri di luar kelas, sbb takut aku pulak yang kena berdiri di luar bilik bos.

Satu lagi denda feveret aku masa muda2 dulu ialah menahan pelajar yang tak siap kerja dalam kelas semasa rehat. Biasanya pelajar memang tak suka denda ni sbb diorang lapar. Aku pun sebenarnya lapar juga tapi sbb nak tunjuk garang, maka aku tahan aje la.

Pelajarku yang sorang ni memang pemalas dan selalu kena tahan. Geram + sakit hati setiap kali aku melihatnya dalam kelas. Tatkala orang lain hantar buku sebelum keluar rehat, dia dengan muka sardin menyorok belakang pelajar yang agak gemuk untuk menyusup keluar. ' Johan!! Hantar buku dulu!' Sengaja aku kuatkan suara agar Johan tahu aku sedar akan niatnya itu. Sambil tersipu-sipu malu, Johan duduk dan mula menyiapkan kerjanya.

Tak sampai pun 2 minit, Johan menghantar bukunya kepadaku dengan senyuman yang sangat manis. 'Apa kena budak ni? Biasanya masam je bila kena tahan.' bisik hatiku kehairanan sambil berjalan ke bilik guru.

Sewaktu membuka buku Johan untuk ku semak, barulah aku mengerti maksud senyumannya tadi. Sekeping kad Happy Birthday untukku diselitkan dalam buku dengan ucapan:
Selamat Hari Lahir Cikgu..Jangan marah2 nanti cepat tua.
Giliran aku pula yang tersenyum lebar .
Johan tetap dengan malasnya, cuma aku dah tak sakit hati lagi. Bukan sbb kad yang diberi tapi sbb markah Johan selalu melepasi jangkaanku.

Denda yang ini aku tak minat. Berdiri atas kerusi, memang tak pernah aku praktikkan. Maklumlah pelajar2 yang ku ajar semua dah akil baligh. Lagipun aku pernah lihat ada pelajar yang didenda sebegini, jatuh macam nangka busuk. Tapi salah dia sendiri sbb tak berdiri betul2. Ada ke angkat kaki sebelah dan buat aksi mcm ahli kungfu atas kerusi. Dia buat camtu konon nak cover malu kena denda, sudahnya memang le kena cover muka dia sbb bibir dan mata bengkak akibat terjatuh tu.

Bila usia semakin meningkat, tahap kesabaranku juga dah upgrade. Untunglah pelajar2 ku sekarang kerana aku dah malas nak denda. Aku lebih banyak mengkaunselingkan diorang dan berharap diorang faham dengan nasihatku.

Sekarang bila anakku pulang dari sekolah, hari2 aku tanya, 'kena denda ke tak hari ni?' Bukannya apa, cuma anakku pun bukannya ulat buku dan bukannya feveret cikgu , sama macam mak dia dulu...

Monday, March 14, 2011

Cinta Monyet

Oktober ini, genablah 15 tahun aku bergelar pendidik. Terlalu banyak suka dan duka yang telah ku lalui untuk menjadikan anak didik ku menjadi manusia yang berguna pada masyarakat. Oleh kerana aku mengajar tingkatan 4, 5 dan 6, aku sudah lali melihat pelajar-pelajar jatuh cinta, bercinta dan terluka kerana cinta.

Ada masanya kenangan lamaku datang apabila melihat mereka sama-sama belajar di pusat sumber atau makan bersama di kantin. Maklumlah, kita dulu pun pelajar juga. Maka aku tak pernah marah apabila ada pelajarku yang bercinta. (Buat-buat marah ada la). Apa tah lagi kalau percintaan itu menjadi perangsang kepada mereka untuk belajar. Perasaan remaja tidak boleh dihalang. Makin dihalang , makin memberontak jadinya. Cuma aku selalu berpesan agar mereka tidak hilang fokus dalam pelajaran.

Sebenarnya aku tak tau nak explain kat diorang bahawa cinta mereka hanyalah cinta monyet. Cinta yang akan dikenang sepanjang hayat tetapi besar kemungkinan hubungan mereka tak akan ke mana pun. Walaupun ada yang berkekalan, namun peratusnya tersangatlah kecil. Masing-masing akan keluar sekolah. Yang bekerja lebih luas pergaulannya. Yang masuk U akan jumpa lebih ramai untuk dipilih. Masa itu barulah diorang akan tahu bahawa dunia sebenarnya lebih luas .

'Aduh..camna aku nak bagitau yang aku dah tak suka dia?' Masih jelas soalan itu di ingatanku apabila kawan baikku minta tolong cari idea camna nak putuskan hubungan dengan 'high school sweetheart' dia . Sebabnya , dah tentulah ada orang lain yang lebih bagus sebagai ganti. Oleh kerana aku memang pakar dalam bab cari alasan, maka aku senaraikan beberapa idea untuk dipilih.
1) Mak suruh tumpu perhatian pada pelajaran.
2) Saya tidak layak untuk awak . Awak berhak dapat makwe yang lebih baik.
3) Jangan tunggu saya. Saya nak jadi wanita berkerjaya dengan kelulusan PHD.
4) Saya nak awak pinang saya minggu depan. Kalau tak maknanya awak tak sayangkan saya
dan saya tak nak teruskan hubungan. (sah2 dia takde duit nak pinang sbb belum kerja)
5) Ignore je semua sms dan call dr dia sampai dia bosan.

Oleh kerana kawanku tak berani nak tipu dan tak berani juga nak berterus terang, maka dia memilih option ke 5. Walaupun dia sudah berbahagia dengan keluarganya tapi jauh di lubuk hatinya ingin sekali memohon kemaafan dari ex BF yang ditinggalkan.

Ada juga pelajarku yang ditinggalkan kerana result examnya kurang memuaskan. Dah bepuluh-puluh kali aku menasihatkan pelajarku ini supaya seimbangkan pelajaran dan percintaan. 'Cikgu dah tua, cikgu tak faham perasaan saya.' Itulah kata-kata pelajarku yang malas nak dengar leteran cikgu tua ini. Mungkin dia lupa, cikgunya ini dulu pun remaja sebelum menjadi tua.

Pada hari keputusan SPM dikeluarkan, dari kejauhan aku dapat melihat pelajarku dengan makwenya bergaduh. Sedang orang lain bergembira dengan result cemerlang mereka, pelajarku ini termenung sendirian di kantin sambil memandang nasi lemak yang tidak dijamah langsung. Makwe yang disayangi meninggalkannya kerana dia gagal SPM sebab merasakan mereka dah tak setaraf lagi.

Macam-macam kisah cinta monyet di sekolah. Yang paling menggelikan hatiku ialah pasangan bercinta berpisah kerana makwe tak suka cara pakwenya makan. Pasangan ini memang sepadan. Sama cantik dan sama pandai. Kedua-dua pelajar ini menjadi harapan para guru untuk mendapat keputusan cemerlang. Walaupun mereka bercinta, tapi mereka tak pernah dating di tempat lain kecuali di pusat sumber sekolah untuk belajar.

Setelah beberapa lama, aku merasa hairan kerana pasangan ini dah lama tak study di pusat sumber. Lalu aku pun seperti biasa menjadi penyiasat persendirian untuk mencari sebabnya. Akhirnya aku berjaya mengorek rahsia dr si makwe. 'Ari tu saya buat mi kari kat rumah, saya jemput kawan-kawan datang makan. Tiba-tiba cikgu saya dengar ada bunyi macam itik tengah menyudu makanan. Bila saya pandang ke belakang rupanya pakwe saya yang makan macam itik tu. Terus saya menyampah kat dia.' Bagai nak pecah perut aku ketawa bila dengar si makwe ni bercerita. Oleh kerana frust ditinggalkan kekasih, si pakwe tidak berjaya dalam peperiksaan STPM. Manakala si makwe pula berjaya masuk ke universiti dan bertemu dengan jejaka yang dirasakan menepati standart piawaiannya.

Inilah sebahagian dari kisah-kisah cinta monyet pelajar-pelajarku. Kepada yang sedang bercinta, ingatlah bahawa bercinta tak semestinya berakhir dengan perkahwinan. (Yg dah berkahwin pun boleh bercerai). Namun cinta monyet akan kekal dalam ingatan buat selama-lamanya. Jika anda ditinggalkan , bersedihlah...tapi jangan terlalu lama kerana jodoh anda yang sebenarnya , sedang menunggu untuk dipertemukan dengan anda.